"Assalamualaikum....." ucap seorang gadis.Dr. Marina tersenyum melihat gadis yg berdiri di depannya. Alya Amani, ketinggian dan cita-cita, ketenangan, setenanang empunya nama. Alya, pangilan mesra, walaupun gadis itu tidak lokek dengan senyuman, tetapi siapa tahu, selama ini dia menanggung penderitaan. memerlukan penderma hati dengan segera. di sebabkan penyakit itu lah Alya rapat dengan Dr Marina.
" dah lama ibu tunggu?" alya bersuara, dia menyalami dan memeluk Dr Mariana.
" takde la lama sangat. ibu baru je sampai." Dr Marina tersenyum.
" Isya mane bu?"
" hari nie kan sekolah, Isya kat sekolah la. petang nanti die balik. Die tunggu kite kat rumah."
"ibu tak masuk keja ke hari nie?"
" hari ni ibu oncall je. sebab tu boleh jemput alya kat sini."
" Ibu, boleh tak kalau kite jumpa Hannah dulu?"Dr marina terkejut dengan permintaan Alya. tapi dia mengangguk. mereka singgah di kawasan perkuburan islam. Alya duduk dan sedekahkan yasin ke atas roh Hannah. seorang gadis yang riang. dia lah penghibur dan pengikat tali kekeluargaan di antara Dr Marina dan Alya. Hannah Farhana, anak kedua Dr Marina, pergi meninggalkan keluarga pd usia remaja."terima kasih Hannah sebab bagi peluang untuk Alya melihat dunia lagi." selesai membaca kan doa, Dr marina dan Alya pergi meninggalkan Hannah bersemadi dengan tenang. sampai saja di rumah, si comel, Hannah Batrisyia sudah menunggu di depan pintu. Isya, berlari mendapatkan Alya. si kecil, berusia sepuluh tahun, sudah kehilangan ayah, pd usia yg muda, dan baru setahun kehilangan kakak. walaupun si kecil ini riang gembira, tapi jauh di sudut Dr Marina, pernah melihat Isya tidur bertemankan air mata dan memeluk gambar keluarga. Bagi Isya, Alya penganti Hannah.
"kak liza mana Isya?" tanya Dr Marina. liza pengasuh Isya sejak kecil lagi. sementara Dr Marina bekerja, liza jg yg menjaga Isya, tetapi Liza tidak tinggal di rumah Dr Marina, dia akan pulang ke rumah.
" kak liza ade kat dapur ibu, tgh wat cucur." petah si kecil.
" mari masuk alya"Alya menuruti langkah Dr Marina dan di turuti si kecil. Alya terus ke dapur bersalam dengan kak liza. pada mulanya dia ingin membantu di dapur tapi di halang oleh kak liza. akhirnya alya hanya duduk dan melihat setiap gerakan kak liza.Dr Marina datang dan melabuhkan punggung di sebelah alya.
"alya kat sini berapa lama?"
"seminggu je bu, lagipun lusa, Alya ada interview kat UiTM"
"seminggu je, lame la sikit kat sini alya."Dr Marina mula memujuk alya.Alya hanya mampu menguntum kan senyuman. bukan dia tidak mahu tinggal lama di situ. tetapi disebabkan Harith Farhan, anak sulung kepada Dr Marina. Alya segan, tambahan lagi dia takut melihat renungan tajam Harith. Dia tidak tahu di mana silapnya, yang Alya tahu, renungan tajam Harith mengatakan yang Harith benci akan dirinya. kata Dr Marina, sejak pemergian Hannah, perangai Harith berubah, menjadi seorang yang pendiam dan panas baran. dan yang paling menyedihkan, dia tidak mengedahkan Isya.
selepas makan malam, Dr Marina, Alya, dan Isya duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. kak liza petang td sudah pulang ke rumahnya. hanya tinggal mereka bertiga saja. Alya mendengar deruman enjin kereta masuk ke pengkarangan rumah. Isya sudah berlari ke muka pintu. Isya seperti sudah mengetahui siapa yang pulang. Harith. harith tidak mengedahkan isya dan panggilan Dr Marina apabila dia terpandang Alya. Harith terus naik dan masuk ke dalam biliknya. Alya terkejut. bukan kerana pandangan Harith terhadap dirinya. tetapi layanan harith terhadap Dr Marina dan Isya.
Malam itu, Alya tidur di bilik Isya. Dr Marina menyarankan Alya agar tidur di bilik arwah Hannah, tp dia enggan. malam itu alya terjaga. dia berasa haus, dia bangun secara perlahan agar tidak mengejutkan Isya yang sedang lena disebelah. dia melihat si kecil seperti memeluk sesuatu. apabila di ambil Alya, tersentap jantung Alya, Isya tidur memeluk gambar keluarga! dia merenung wajah si kecil, wajah si kecil seperti baru lepas menangis."Ya Allah, kasihannya si kecil. dalam usia nya begini, sudah mengenal erti kesedihan." bisik Alya di dalam hati. Alya terus keluar dari bilik dan turun ke dapur. apabila alya ingin masuk ke dapur, dia mendengar ada perbalahan di dapur.
"kenapa Harith layan Alya macam tu, dia tetamu kite"
" Harith layan macam mana ibu, okey ape"
" harith! tau tak, harith mcm tak ada adab layan tetamu macam tu."
"ibu, dia memang patut di layan mcm tu, takda sapa yang boleh ganti Hannah dalam hidup Harith."
" Ibu tak suruh Harith lupakan Hannah"
"gaya ibu melayan dia tu mcm ibu dah lupa pada Hannah."Harith terus berlalu dari dapur. Dia tidak perasan Alya ada di sebalik pintu disebabkan kawasan Alya berdiri gelap. Alya melihat ke dalam dapur. Dr Marina menangis keseorangan. Alya tidak jadi untuk membasahkan tekak. Tidak sanggup rasanya untuk dia melihat air mata ibu. Alya mula memikirkan bagaimana cara untuk dia merapatkan kembali ikatan kekeluargaan.
Keesokan paginya, Alya bangun seperti biasa, melayan karenah Isya sebelum si kecil kesekolah dan juga bebual mesra bersama Dr Marina. Harith turun dari tingkat atas dan terus keluar. Dia tidak menoleh dan mengedahkan pangilan Isya dan Dr Marina. selepas Dr Marina berangkat ke tempat kerja dan menghantar Isya ke sekolah, tinggal la alya seorang di rumah dan menunggu kak liza sampai. Alya berasa bosan. dalam fikiran Alya, dia ingin kembalikan kecerian dalam keluarga ini.
Pada malam itu, Alya terjaga sekali lagi. dia tidak tahu kenapa dia sering terjaga. Alya turun kebawah dan ingin membasahkan tekak. apabila dia sampai di dapur, dia melihat sesusuk tubuh duduk berteleku di meja dapur. pada mulanya dia ingin naik terus ke atas. tapi apabila di lihat harith duduk bersendirian, dia merasakan bahawa ini adalah peluang untuk dia menyelesaikan masalah yang ada. Alya mengambil cawan dan menuang air. dia melihat seperti Harith terkejut melihat dirinya. harith ingin beredar tetapi cepat di halang oleh alya.
" Boleh saya cakap dengan awak sekejap?"tanya AlyaAlya melihat Harith duduk kembali. Alya tersenyum. Alya duduk berhadapan dengan Harith. Dia melihat raut wajah Harith.
" kau nak cakap ape?"Harith mematikan lamunan Alya. Alya tersenyum
" boleh saya tau, kenapa awak macam ni?" Alya memulakan perbualan.
" aku memang macam ni."jawab Harith.
" saya rasa melalui penceritaan ibu dan Isya, awak tak macam nie"
" apa yang kau tau tentang aku?"
" yang saya tau, awak ni tegas, periang, suka mengambil berat dan juga seorang yang penyayang. tapi saya tak nampak semua tu dalam diri awak tu sekarang, yang saya nampak adalah seorang lelaki yang garang dan bengis. saya susah nak tengok awak tersenyum"
" kenapa kau cakap macam tu? kau siapa nak cakap aku macam tu?"
" saya mintak maaf jika semua kata-kata saya menyentuh perasaan awak. saya bukan siapa-siapa dalam keluarga ni. tapi awak tak patut buat mereka macam ni"
"mereka? siapa? buat apa?"soal Harith.
"Isya. dia perlukan perhatian awak. saya tahu awak sayamg sangat pada arwah Hannah. tapi awak tau tak yang Isya tu juga adik awak. awak tak boleh buat Isya macam tu. awak tau tak, hari-hari Isya menangis sebab rindukan keluarga dia yang dulu. setiap malam dia akan tidur bertemankan air mata dan memeluk gambar keluarga.apa salah Isya pada awak. jangan nak menghukum orang yang tak bersalah. Isya masih kecil, sepatutnya dia di beri kasih sayang tapi awak memberi dia penderitaan.awak perlu bimbing dia,agar dia tidak jauh dari keluarga dia sendiri. jangan awak semai perasaan takut terhadap diri awak dalam hati Isya" alya melihat reaksi Harith sebelum menyambung semula kata-katanya.
"awak juga yang menyebabkan air mata ibu jatuh. awak tau tak yang ibu sayang sangat anak-anak dia. dia keseorangan awak tau tak. runtuh nya hati dia bila melihat anak dia macam awak. tak mengedahkan diri ibunya sendiri. Dia memerlukan perlindungan. sepatutnya selepas pemergian ayah awak, awak yang akan melindungi dia, bukannya awak menanmbahkan lagi penderitaan dia. Syurga di bawah telapak kaki ibu.Dia dah penat menangis. awak tau tak? mereka berdua memerlukan awak.saya tau awak marah kat ibu di sebab kan saya. awak taknak saya gantikan tempat Hannah. saya pun tak nak menggantikan Hannah sebab takda siapa yang boleh mengantikan Hannah dalam hati awak. selagi perangai awak macam ni, saya rasa roh Hannah tak tenang di sana."Selepas menghabiskan ayatnya, Alya terus bangkit dan meninggalkan Harith bersendirian di dapur. Dia membiarkan Harith bersendirian memikirkan segalanya. yang dia tahu Harith menangis. Ya, harith menangis.
pada keesokan harinya, Alya bersiap awal, dia ingin menghadiri temuduga di UiTM untuk melayakkan dirinya dalam jurusan Hiasan Dalaman. sebab itu dia duduk di rumah Dr Mariana. setelah bersiap, Alya mengambil beg nya dan turun untuk menyertai Isya dan Dr Marina bersarapan. alangkah terkejutnya Alya apabila dia melihat Harith duduk di sisi Isya dan melayan karenah si kecil bersarapan. Dr Marina yang baru keluar dari dapur mengajak Alya bersarapan bersama. Harith melemparkan senyuman kepada Alya.Alya duduk bertentangan dengan Harith.
" interview Alya pukul berapa?" Dr Marina menghentikan lamunan Alya.
"jam 8 bu." Alya tersenyum
"nak ibu hantarkan ke?"
" tak pe la ibu. Alya pergi naik teksi je. lagipun ibu nak hantar Isya pergi sekolah kan. nanti lambat pula ibu sampai di hospital"
"takpe ibu, biar Harith yang hantar Alya. lagipun Harith tak de kelas hari ni." celah Harith.
" kalau macam tu, tak pe la. Harith kena tunggu Alya selesai semua urusan dan terus balik kerumah. kak Liza takde hari ni, takde orang kat rumah."
"Baik ibu"
"Isya hari ni kak Liza takda, tunggu sampai ibu datang tau. tunggu dalam sekolah"
"ibu, Harith kan ada, biar Harith ambil Isya kat sekolah.Isya tunggu sampai abang datang tau."Isya hanya mengangguk. Dr Marina hanya tersenyum. apabila selesai bersarapan, Alya masuk kedalam kereta Harith, memakai tali pinggang keledar dan kereta meluncur laju. kereta sepi, tanpa ada suara.
"terima kasih" Harith memulakan perbualan.
"terima kasih untuk apa?"Alya mula kebingungan
" sebab sedarkan saya malam tadi."
"oh, takda apa-apa la." Alya tersenyum.
" awak tau tak, malam tadi saya mimpi arwah Hannah dan ayah saya."
"awak rindu pada mereka la tu."
"memang saya rindu kat mereka. tapi saya fikirkan lain. saya rasa mereka nak menyedarkan saya, agar saya boleh terima kenyataan, agar saya boleh terima hakikat."Alya membiarkan saja kenyataan Harith. Bagi Alya, dia amat bersyukur kerana Harith dah mula berubah kembali.selepas selesai daripada temuduga, dia melihat Harith sedang menunggu dia di sebelah kereta. dia menghadiahkan senyuman kepada Harith.
"maaf, lama ke tunggu saya"
"tak la lama sangat, tapi dari awak masuk sampai awak keluar"Alya melihat jam tangannya, hampir pukul 12.30 tengahhari. lamanya Harith tunggu dia. mereka terus ke sekolah Isya untuk menjemput Isya. Harith senyap, tidak banyak perkara yang dibincangkan. hanya berkisar temuduga Alya sahaja. Apabila Isya sudah masuk kedalam kereta, barulah kereta itu riuh dengan suara Isya dan Harith. sebelum mereka pulang ke rumah, mereka singgah ke hospital untuk mengajak Dr Marina makan tengah hari bersama. kata Harith sudah lama dia tidak makan bersama dengan keluarga. nasib mereka baik, Dr Marina tidak berapa sibuk pada hari ini.
"ibu, hujung minggu ni kita picnic nak?" tanya Harith.
"Harith nak picnic?"
"ye la, dah lama kita tak keluar bersama, apa kata kita pergi beriadah. kan dulu ibu suka bawa kami adik beradik keluar. kali ni kita bawa Alya sekali. boleh kan Alya?"alya yang baru saja minum hampir tersedak dengan pertanyaan Harith. Isya dah ketawa riang.
" tapi Alya nak balik kampung hujung minggu ni." usul Alya.
"tak kan Alya tak boleh balik hari lain. Ibu putuskan hujung minggu ni kita pergi picnic dan alya mesti turut serta. kalau Alya takda, kita tak payah pergi."
"ala ibu takkan tak boleh? kak Alya jom la, dah lama Isya tak pergi berkelah." rengek si kecil.Nak buat macam mana. alya tak sampai hati untuk membunuh kegembiraan yang baru dikecapi oleh Isya. akhirnya alya bersetuju dengan cadangan Harith untuk berkelah pada hujung minggu.
Pada hujung minggu, mengikut perancangan yang sudah di rancang, mereka Dr Marina, Harith Farhan, Hannah Batrisyia dan juga Alya Amani pergi berkelah. segala makanan telah di siap rapi oleh Dr Marina dan Alya sendiri.Harith membawa Isya mandi di kawasan air terjun yang tidak begitu dalam. mereka bermain dan gelak tawa bersama. Alya dan Dr Marina hanya melihat telatah mereka berdua di tepi sahaja.
"terima kasih Alya" Dr Marina bersuara memecahkan kesunyian.
"sebab apa ibu?"
"sebab kembalikan Harith dalam keluarga ni. ibu tau apa yang Alya cakap dengan Harith hari tu. Harith dah cerita segalanya pada ibu. masa Ibu bangun pagi, ibu terkejut Harith tidur di kaki ibu." Dr Marina tersenyum.
"takda apa la ibu. lagipun apa yang saya buat ni tak sama dengan apa yang arwah Hannah beri pada saya.Hannah dah beri saya peluang untuk hidup dan merasa kasih sayang dari keluarga dia sendiri. saya tahu, Harith jadi macam tu sebab dia tidak boleh terima kenyataan bahawa Hannah dah takda. Dan apabila dia mengetahui Hannah telah menderma hatinya pada saya lagi la dia bertambah benci pada saya."
"Harith tak benci pada Alya. cuma dia rasa terkilan sebab dia yang menyebabkan Hannah pergi. sepatutnya dia pergi ke sekolah menjemput Hannah, tapi di sebabkan dia terlewat, Hannah telah terlibat dalam kemalangan."terang Dr Marina. Alya perasan ada kolam air di mata Dr marina.
"sudah la bu, jangan di kenang kisah yang sedih ni lagi. biarlah Hannah bersemadi dengan aman."mereka berpelukan. Harith dan Isya yang baru naik dari mandi terkejut melihat perlakuan Alya dan Dr Marina.
"kenapa ibu?" tanya Harith.
"tak ada apa-apa la. hal perempuan"
"ni yang susah perempuan ni. kalau bincang sikit mesti menangis" usik Harith.
"apa Harith? amboi kutuk perempuan ye, nanti awak kahwin dengan siapa,kalau tak perempuan?" marah Dr Marina. tangannya dah mula memulas telinga Harith.
"sakit la ibu" rengek Harith. Dia mengosok telinganya yang mula merah dan menyambung kembali perbalahnnya."Harith tak kahwin dengan perempuan, tapi Harith nak kahwin dengan wanita kuat dan cekal hati macam ibu" terang Harith.Dr Marina,Alya dan Isya tersenyum dengan jawapan yang di beri Harith.
P/s: cerita ini tiada kena mengena pada yg hidup atau yg telah meninggal dunia...:)
curik cte org eaaa...
ReplyDeletemane ade curik....
ReplyDeleteidea dtg sendiri la......